Untuk korang yang tak tahu, 12 Januari lalu, salah satu gunung berapi paling kecil paling aktif di dunia, Gunung Berapi Taal telah meletus selepas letusan terakhirnya pada tahun 1977.
Letupan ini telah melumpuhkan ibu negara Filipina, Manila hingga sekolah dan premis perniagaan di sana terpaksa ditutup.
Namun, di sebuah ladang 20km dari gunung berapi tersebut, satu pasangan, Chino Vaflor dan Kat Palomar sedang bersiap sedia untuk melangsungkan perkahwinan bila mereka lihat ada aktiviti pelik sedang berlaku di gunung tersebut.
Menurut CNA, pasangan ini membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinan dorang selepas berbincang dengan team mereka macam mana nak kawal keadaan kalau sesuatu yang bahaya berlaku.
Randolf Evan, jurugambar untuk perkahwinan tersebut telah kongsikan gambar-gambar mereka di Facebook di mana awan tebal boleh dilihat di belakang ketika pasangan ini senyum pada satu sama lain.
Kami teruskan acara kerana memikirkan ia mungkin tak bahaya tapi kami sentiasa pantau keadaan melalui media sosial.”
Dalam gambar yang dikongsikan oleh Randalf ni, salah satunya korang boleh tengok semasa perkahwinan sedang berlangsung, dekat langit ada asap tebal siap dengan kilat lagi!
Menurut Randalf, mereka ingatkan yang dorang akan selamat dari apa-apa ancaman gunung berapi tersebut kerana ladang itu terletak di atas tanah rata, namun, resepsi perkahwinan terpaksa dihentikan bila debu dari gunung tersebut menjadi lebih “lebat dan berlumpur”.
Bagaimanapun, Chino dan Kat tetap sempat untuk sahkan perkahwinan, buat first dance dan bagi ucapan sebagai suami isteri.
Keluarga dan kawan rapat pasangan yang hadir ke perkahwinan ini telah bersama mereka hingga acara ini dihentikan.
Dorang dah tangguh perkahwinan sejak 8 tahun lepas dan dah ada dua orang anak, so memang boleh faham betapa istimewanya hari itu untuk pasangan ni.”
Walaupun bahaya, gambar-gambar yang Randalf ambil ni memang cantik and memorable!