in

The Nun 2: Ini Semua Korang Perlu Tahu Tentang ‘The Return of Valak’!

collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam masa korang balik kerja mesti korang semua diganggu dengan jelmaan The Nun kan? Hehehe seram tak tengok dia slow-slow keluar?

Kalau korang nak tahu, The Nun 2 telah pun mula ditayangkan di pawagam semalam dan memandangkan hari ni dah Jumaat, mesti ramai yang dah mula book tiket atau tengah berkira-kira sama ada nak tengok ke tak cerita ni pada hujung minggu ni kan?


Sebelum korang buat keputusan, jom baca dulu semua benda yang korang kena tahu tentang kemunculan semula antara watak The Conjuring Universe yang paling seram ni!

Pendapat pengkritik tentang The Nun 2

Bagi pengkritik-pengkritik yang telah menonton filem ini sebelum tarikh tayangannya, kebanyakan dari mereka percaya bahawa The Nun 2 ini jauh lebih bagus dari filem asalnya The Nun yang ditayangkan pada tahun 2018.

Artikel berkaitan: Seram Sangat Ke? YouTube Banned Iklan Filem The Nun

 

Artikel berkaitan: The Conjuring: Kisah Benar The Perron Family & Rumah Berhantu Enfield Ni Rupanya Lagi Seram Dari Movie!

Filem seram terbaru ini dikatakan mempunyai peningkatan yang monumental berbanding filem originalnya dengan penghujung filem ini mendapat pujian berpanjangan ekoran keseraman dan intensitinya.

Ada ura-ura mengatakan bahawa The Nun 2 ini merupakan filem terakhir untuk The Conjuring Universe dan pengkritik mengatakan filem ini mempunya impak yang bijak dan ketara. Dekat bawah ni adalah beberapa komen pengkritik lepas tengok tayangan awal The Nun 2.

Jalan ceritanya macam tiga filem berlainan yang cuba untuk berlawan antara satu sama lain untuk menjadi plot utama. Tapi babak menakutkannya buatkan saya melompat dari kerusi.” – BJ Colangelo.

Filem ini sangat ekstra dan ‘keras’, saya obses!” – Tessa Smith.

Filem ini memang sangat lebih baik dari filem pertamanya… Ia lebih seram dan lebih tegang!”

Pelakon The Nun 2

the nun 2

Kalau korang penonton setia The Conjuring Universe, korang mesti tahu yang setiap filem-filemnya akan menampilkan muka-muka baru kerana filem yang dikeluarkan biasanya akan mempunyai tempat dan masa yang berlainan.

The Nun 2 ini juga akan turut ikut trend yang sama namun begitu, kita juga akan dapat melihat beberapa muka pelakon dari filem asal dalam filem ini seperti Bonnie Aarons yang akan kembali sebagai Valak menyerupai biarawati.

Manakala orang yang sama Sister Irene yang dilakonkan oleh Taissa Farmiga akan berlawan dengan Valak. Beberapa teori peminat mengatakan bahawa Sister Irene merupakan Lorraine Warren waktu muda.

Ada sekurang-kurangnya tiga muka baru dalam The Nun iaitu Storm Reid, Anna Popplewell dan Katelyn Rose Downey.

Kisah The Nun 2

MV5BNTA0MDU0NjUtMjNlOC00MWMzLTg1MGQtZjlkNjYyM2Q4MGM0XkEyXkFqcGdeQXVyMTk5MjkzMjU@. V1

Produser filem The Nun 2, James Wan mendedahkan tentang kemunculan semula karakter Sister Irene dan Frenchie yang akan bertemu semula dalam filem sekuel ini. Ending filem pertamanya telah menunjukkan bahawa Frenchie telah dirasuk oleh Valak dan filem terbaru ini merupakan empat tahun selepas filem pertama keluar di mana Sister Irene sekali lagi perlu bersemuka dengan Valak.

Frenchie telah berpindah dan kini di sebuah sekolah Katolik sebagai penjaga di sana. Tapi kita dapat lihat di akhir filem pertama yang Valak masih ada dalam badannya. Ia akan muncul secara perlahan-lahan dan lelaki ini akan sedar yang satu-satunya orang yang boleh membantunya adalah Sister Irene.”

Ok tak sabar!

Sumber: ScreenRant

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.