Bila sebut je ganja, semua tahu dadah jenis ni bahaya dan kesannya memudaratkan kesihatan. Oleh sebab tu kebanyakan negara di dunia tak menghalalkan penggunaan ganja, termasuklah Malaysia.
Namun menurut Nextshark, Thailand mungkin menjadi negara Asia pertama yang akan menghalalkan penggunaan ganja untuk perubatan. Rancangan ini diutarakan dengan harapan dapat mengembalikan semula kedudukan ekonomi yang didominasi Thailand empat dekad lalu.

Organisasi Farmaseutikal Kerajaan (GPO) di bawah Kementerian Kesihatan Awam kini sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan tentera untuk mengkaji dadah jenis tersebut dan menjualnya atas tujuan perubatan.
Thailand adalah antara pengeksport ganja terbesar di dunia pada tahun 1980-an. Pokok ganja ni secara tradisionalnya digunakan untuk menguruskan;
- distress (kesedihan dan kegusaran)
- loya
- kesakitan bersalin
Pekerja ladang pulak tanam untuk relax. Askar Amerika Syarikat pun pernah berkunjung ke negara ni waktu Perang Vietnam dan gunakan ganja untuk berehat dan tujuan pemulihan serta kesembuhan.

Kajian yang dijalankan di Thailand juga mengesahkan bahawa ganja boleh digunakan untuk merawat tiga jenis penyakit iaitu:
- Loya dan hilang selera makan bagi pesakit yang menjalani kemoterapi
- Epilepsi (sawan) kanak-kanak
- Sklerosis pelbagai jenis
Buat masa ini, Thailand masih mengekalkan status haram ke atas penggunaan ganja atas apa-apa tujuan sekalipun. Sesiapa yang ditangkap memiliki dadah akan berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun.

Pun begitu, kerajaan tentera meluluskan untuk undang-undang diolah membenarkan ganja digunakan pada subjek manusia atas tujuan perubatan. Dewan Undangan Nasional juga dijangka memberikan kelulusan pada tahun 2019 nanti.
Ooh dorang plan untuk luluskan atas tujuan perubatan rupanya. Kalau Malaysia pun luluskan ganja jugak, apa pendapat korang?
Baca: Budak 10 Tahun Kantoi Guna Duit Belanja Sekolah Untuk Beli Dadah