in

“Tetap sayang walaupun boros” – Pengawal Keselamatan Ini Nekad Bakar Diri Sendiri Lepas Isteri Boros Minta Cerai

Feature Image Bakar Diri 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni banyak je kisah yang diceritakan pasal suami isteri yang bergaduh hanya sebab tak bersefahaman antara satu sama lain.


Baru-baru ni, seorang pengawal keselamatan telah nekad membakar dirinya sendiri akibat tidak tahan atas permintaan cerai isteri terhadap dirinya.

Suami Terbakar
Sumber: kompas. Com

Menurut portal Kompas.com, lelaki yang berumur 32 tahun itu nekad membakar dirinya sendiri di kawasan rumahnya di Jalan Kramat Ganceng, Kelurahan Lubang Buaya, Kecamatan Cipayung, Jakarta Timur, Indonesia pada 18 November yang lalu.

Lelaki ini dikatakan mempunyai masalah rumah tangga kerana selain isterinya suka berbelanja mewah sedangkan dia hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Oleh disebabkan itu, isterinya meminta untuk diceraikan namun lelaki ini enggan memenuhi permintaanya itu.

“Mereka memang mempunyai masalah rumah tangga yang serius dan si isteri sudah banyak kali minta untuk diceraikan. Mereka juga sudah tidak tidur sekatil. Pertengkaran mereka ini sudah masuk hampir dua bulan”

“Bagi membuktikan cintanya terhadap isteri dan anak, mangsa sanggup bakar dirinya” – menurut polis.

Lelaki ini mengalami kesan terbakar hampir 51 peratus di bahagian tubuh badannya.

” Luka akibat kesan terbakar di kawasan muka, tangan dan keseluruhan badannya hampir 51 peratus.” kata doktor.

Aduh, kalau macam ni dua-dua pihak kena lah saling mengalah. Kalau suami tu hanya kerja pengawal keselamatan, jangan lah terlampau boros.

 

Baca: “Dari hutan, ladang sampai ke stadium semua dia org nk bakar” – Penyokong Indonesia Baling Suar Lepas Kalah!

New Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.