in

“Testimoni selebriti terkenal” – Nak Putih Punya Pasal, Sanggup Guna Drip Pemutih Campur Janin Bayi?

Collage 39

Beauty standards tak kira dekat mana-mana negara sama je. Kita sering dihidangkan dengan iklan atau selebriti popular mempunyai tubuh badan yang kurus dan kulit yang putih mulus sebagai simbol kecantikan.

Disebabkan ini, ramai yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan kulit yang putih tanpa mengira risiko atau kesan sampingan.

Menerusi laporan dari Harian Metro, Sally menceritakan yang dia telah mengambil rawatan drip pemutih kulit pada tahun 2007 lalu selepas terikut ajakan rakannya yang mencuba rawatan tersebut di rumah seorang wanita.

Wanita yang menawarkan produk kecantikan cecair drip pemutih ini turut menunjukkan testimoni dari selebriti terkenal tanah air. Sally sempat menjalani rawatan drip pemutih kulit ini sebanyak dua kali.

124000905 195869375337306 1575907645648433385 N

Saya tergamam apabila diberitahu cecair drip pemutih kulit yang sedang dimasukkan ke dalam badan mengandungi campuran  janin bayi.”

Selepas mengetahui kandungan “rahsia” tersebut, Sally merasa bersalah hingga rasa mahu sedut semua cecair yang telah memasuki badannya itu.

Saya takutkan kemurkaan Allah SWT kerana memasukkan bahan tidak suci ke dalam badan hanya untuk kecantikan semata-mata.”

Dikatakan, bahan drip pemutih dengan campuran janin bayi ini mempunyai kesan pemutihan yang lebih cepat dari cecair pemutih lain yang ditawarkan

Pada masa itu, saya ambil pakej berharga RM100 untuk satu sesi rawatan dan terdapat beberapa pakej lain dengan harga lebih mahal.”

Beberapa rakannya yang lain turut berhenti mengambil rawatan ini selepas mengetahui kandungan di dalam cecair tersebut.

Whitening Drip

Haram

Manakala Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa di UKM Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, haram sekiranya seseorang itu mengambil produk kencantikan yang mengandungi bahan memudaratkan kesihatan, bahan tidak suci dan mengubah ciptaan asal wajah atau tubuh.

Mengambil drip pemutih kulit hingga bertukar warna kulit asal (gelap) kepada putih adalah haram kerana mengubah ciptaan asal.

“Sekiranya mengambil produk ini (drip pemutih kulit) mengandungi bahan tidak suci yang melanggar syariat Islam, maka ia berdosa dan perlu bertaubat.”

Tambahnya lagi, bahan seperti anggota atau janin manusia atau haiwan yang digunakan untuk produk kecantikan adalah tidak dibenarkan kecuali darurat dan buat masa ini isu kosmetik kecantikan belum termasuk dalam keadaan darurat.

 

Baca: “14 hari je rambut gugur” – Wanita Hidap Kanser Gara-gara Ikut Cakap Kawan Buat Drip Whitening

Screenshot 2022 04 18 At 12.02.41 Pm