Semua orang mempunyai rakan yang berperangai pelik dan sering berfikir di luar kotak. Namun, apa yang anda akan lakukan sekiranya rakan anda menjemput kepulangan anda dari lapangan terbang dengan menaiki van jenazah?
Rasa kelakar bukan?
Namun, mereka yang terkena ‘prank’ ini mungkin tidak mempunyai perasaan sama, lebih-lebih lagi orang yang terpaksa duduk di tepi keranda tu!
Perkara itulah yang berlaku dalam satu video tular mengenai seorang lelaki mengambil rakannya dengan menggunakan van jenazah di airport.
Salah seorang dari rakan mereka merakam kejadian itu dan sempat ketawa dan sebelum membahan rakannya itu.
Artikel berkaitan: Allahuakhbar kenapa…” – Penggali Kubur Kongsi Kisah Sedih, Jenazah Bayi Tak Dituntut Hampir Setahun
Artikel berkaitan: “Besar pahala” – Ramai Puji Pemandu Van Jenazah, Tolong Uncle Cina Tukar Tayar Kereta
Bagaimanapun, rakan mereka yang menjemput hanya ketawa dan ‘tetap cool’ dengan reaksi mereka yang terkejut dengan kedatangan van jenazah.
“Ini perli makan dalam ni.
“Taubat terus insaf dalam van tu.
“Apa perasaan member yang duduk belakang tu,” antara komen netizen.
Kalau anda, berani ke nak naik van tu?