in

“Tertinggi sejak pandemik bermula” – Kes Baru COVID-19 Hari Ini 17,045, Jumlah Kes Positif Dah Lepas 1 Juta!

Covid 19 Hari Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekali lagi Malaysia memecahkan rekod kes jangkitan harian COVID-19 selepas merekodkan sebanyak 17,405 kes baru hari ini. Angka itu adalah peningkatan berbanding angka semalam (15,902).



Angka jangkitan baru hari ini juga merupakan rekod tertinggi yang pernah dicatatkan di Malaysia semenjak pandemik ini bermula.

1001384 E1627201800520

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tambahan angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kumulatif COVID-19 dalam negara kini ialah 1,013,438.

Menerusi data terbabit, negeri Selangor masih kekal menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 8,500 kes baharu hari ini.

Berikut merupakan pecahan mengikut negeri:

Selangor – 8,500

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – 2,045

Kedah – 1,216

Johor – 950

Sabah- 818

Perak – 609

Pulau Pinang – 573

Negeri Sembilan – 513

Pahang – 424

Sarawak – 407

Melaka – 370

Terengganu- 273

Kelantan – 266

Wilayah Persekutuan Putrajaya- 50

Wilayah Persekutuan Labuan- 21

Perlis – 10

Baca: COVID-19: Meningkat Lagi! 15,902, Kes Baru Hari Ini, Selangor Kekal Tertinggi

Covid 19 E1627201774852

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.