Tanggal 1 Oktober lalu Elfira Loy selamat melahirkan seorang bayi sulungnya hasil perkongsian hidup bersama Khairol Faris Anuar.
Elfira dan Faris memilih Muhammad Rayyan Khalaf sebagai nama cahaya mata sulung mereka itu.
Namun setelah 2 bulan berlalu, timbul pula satu isu apabila Elfira dikatakan terbahasakan diri kakak terhadap anaknya itu, lapor mStar.
Husnuzon guys, apa kata kita dengar jawapan Elfira, takkan la dia sesuka hati gelarkan diri kakak kan?
“Masih cuba sesuaikan diri dengan panggilan baharu, dah terbiasa panggilan kakak”
Menurut Elfira Rayyan merupakan bayi pertama dalam keluarganya dan dia masih cuba sesuaikan diri dengan panggilan baharu, kerana sebelum ini sudah terbiasa dengan panggilan kakak.
Katanya sepatutnya isu tersebut tidak perlu diviralkan kepada ia bukannya sesuatu yang serius memandangkan dia dan keluarga masih sedang sesuaikan diri dengan kehadiran bayi dalam keluarga.
Almaklumlah, cucu pertama, anak saudara pertama. Saya pun tak pernah ada anak buah yang panggil saya mama atau aunty El.”
“Selama baby dalam perut pun saya selalu bercakap dengan kucing dan saya akan bahasakan diri sebagai kakak. Perkataan kakak itu sudah terbiasa membuatkan saya selalu gunakan perkataan itu.”
Itu kata Elfira, namun berbeza pula dengan netizen yang rasa agak pelik, bila Elfira boleh tersasul bahasakan diri kakak dengan anak sendiri.
Mungkin betul El tersasul, macam dia cakap la tak biasa kan.