Aksi pramusim antara Abuja City dan JKU di Stadium Kwaraa, Tanzania, kecoh apabila ribuan lebah menyerang padang sehingga memaksa perlawanan dihentikan seketika, Jumaat lalu.
Insiden itu tular selepas rakaman video menunjukkan pemain, pegawai pasukan, pengadil malah jurukamera meniarap di atas padang bagi mengelak daripada disengat.
Keadaan panik itu turut menyaksikan permainan terhenti hampir beberapa minit.
Walaupun berdepan gangguan luar jangka, perlawanan tetap diteruskan selepas situasi kembali reda.
Penonton di stadium pula kekal memberikan sokongan padu sebaik wisel permainan dibunyikan semula.
Artikel berkaitan: Mental Faisal Halim Tak Terganggu, Kekal Fokus Dalam Bola Sepak – Pengurus Harimau Malaya
Artikel berkaitan: Kuala Lumpur Dipilih Jadi Tuan Rumah Perlawanan Bola Sepak Antara Uruguay & Uzbekistan
Pertemuan itu berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak kepada Abuja City menerusi jaringan Ezra Maren dan Oscar Otu, manakala JKU hanya mampu membalas satu gol.
Kejadian aneh itu sekali gus mencetus perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak, yang menyifatkannya antara insiden paling luar biasa dalam aksi pramusim.
Sumber: Astro Awani