Berjauhan dengan orang yang tersayang tak kira sama ada pasangan, ibu bapa mahupun adik beradik, adalah suatu perkara yang menyakitkan. Ditambah pula dengan musim pandemik Covid-19 yang menghantui masyarakat dunia sekarang, pastinya banyak memberi batas dan menyukarkan apa yang kita lakukan pada kebiasaannya.
Baru-baru ini viral kisah mengenai tukang sapu di Dubai yang meluahkan perasaan rindu terhadap isterinya dengan menghasilkan bentuk “love” menggunakan daun kering. Rata-rata netizen melahirkan perasaan sebak selepas melihat foto terbabit.
https://www.instagram.com/p/CC8nbI0AnyC/?utm_source=ig_embed
Ramesh Gangarajam Gandi yang bekerja sebagai petugas pembersihan itu menyatakan bahawa, pada ketika gambar itu diambil, dia sedang memikirkan tentang rumahnya. Dia sedang memikirkan berkenaan apa yang keluarganya sedang buat, bagaimana keadaan mereka, namun yang paling difikirkan sekali adalah, kerinduan terhadap isterinya, lapor sumber.
Dia yang berkahwin pada tahun 2019, hanya sempat menghabiskan masa selama sebulan sahaja bersama isterinya sebelum terpaksa berpindah untuk bekerja di Dubai. Katanya, dia gembira dengan pekerjaannya sekarang dan kehidupannya di Dubai, namun disebabkan Covid-19, dia mengalami kesukaran untuk balik ke kampung halaman dan pangkuan keluarganya.
Sejak ceritanya menjadi tajuk utama, Gandi telah diberikan sedikit hadiah daripada Kementerian Pembangunan Komuniti Dubai untuk membantu meringankan bebannya.
Baca: Buat BBQ Untuk Lepas Rindu Selepas Terpisah, 14 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19