in

Terlalu Sesak Dengan Pengunjung, Ramai Kecewa ‘Spot’ Viral Lihat Kapal Terbang Kini Ditutup

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini pernah tular satu ‘spot’ istimewa di mana para pengunjung meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan dan melihat kapal terbang mendarat dengan lebih jelas.


Tempat itu dikatakan berhampiran Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan sering dipenuhi pengunjung sejak ia ditularkan.

Sehubungan dengan perkara itu, tular pula satu video berkenaan kawasan tersebut yang kini ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airport.

dulu2 kalau bawak anak kat sini boleh main aci ligan dng anak2 sambil tengok kapal… skarang kalau bawa anak risau…

Posted by Are Peace on Monday, November 29, 2021

 

Sesak dan banyak sampah?

Perkara tersebut dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Are Peace, di mana lelaki itu menyatakan penutupan tersebut adalah disebabkan deretan pengunjung yang datang dan meninggalkan lambakan sampah di tempat tersebut.

UPDATE:-berkenaan post abg smlm… tempat viral tengok kapal terbang dekat KLIA tu…. ramai yg pm abg cakap abg…

Posted by Are Peace on Tuesday, November 30, 2021

 

 

Lelaki itu turut menegaskan bahawa hanya ‘spot’ viral melihat kapal terbang itu saja ditutup, manakala jalan utama di kawasan itu masih lagi dibuka.

Penutupan kawasan tersebut juga dikatakan atas faktor keselamatan kerana lokasi bahu jalan itu tidak bersesuaian untuk pengunjung yang membawa anak kecil. Budak-budak, kan? Mana kita nak jangka kalau tiba-tiba dia berlari ke tengah jalan ke nanti.

Ramai yang ‘frust’!

Dua perkongsian dari pemuda itu meraih perhatian netizen, di mana rata-ratanya meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat berkunjung ke tempat itu. Ada juga yang tak puas hati dengan tindakan pengunjung sebelum ini yang meninggalkan sampah di kawasan tersebut.

5 3

2

Selain itu, ada juga netizen berlainan pendapat di mana mereka bersetuju kawasan itu ditutup. Hal ini kerana pengunjung yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan berpotensi untuk membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

4

Walau bagaimanapun, orang ramai masih boleh melihat kapal terbang mendarat di viewing deck yang terletak tidak jauh dari ‘spot’ tular itu.

Lepas dah viral, kena umum tutup pulak. Korang pernah ke singgah tengok kapal terbang kat sini?

Sumber: Facebook

Baca: Kedai Siakap ‘Viral’ Tetap Meriah, Pelanggan Tak Putus-Putus Datang Walaupun Tahu Harga ‘Kayangan’

1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.