in

Terlalu Cepat Tamatkan Lockdown, Pulau Hokkaido Di Jepun Hadapi Gelombang Kedua Jangkitan Covid-19

Feature 1 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pihak kerajaan Malaysia telah membenarkan beberapa sektor ekonomi seperti industri perkilangan untuk beroperasi dengan sepenuhnya ketika perintah kawalan pergerakan fasa keempat.

Namun, kita perlu berhati-hati sebab kawasan utara di pulau Hokkaido di Jepun kini terpaksa hadapi gelombang kedua jangkitan wabak Coronavirus, lapor Yahoo News.


Jepun 7

Menurut pakar, gelombang kedua itu terjadi sebab pihak berkuasa pulau itu telah bertindak menamatkan lockdown terlalu awal.

Dr. Kiyoshi Nagase, Pengerusi Persatuan Perubatan Hokkaido mengatakan dia sangat menyesal dengan tindakan itu.

Sepatutnya kita tidak perlu menghentikan darurat pertama negara (lockdown)

Pakar terbabit juga menyarankan agar perkara ini akan diambil iktibar oleh bandar dan negara lain yang berniat mahu menamatkan kawalan pergerakan dan membuka semula sekolah dan perniagaan terlalu awal. Kita tak boleh biarkan perkara yang sama terjadi kat negara kita ni.

Gabenor wilayah itu, Naomichi Suzuki sebelum ini mengistiharkan darurat pada 29 Februari selepas kes positif Covid-19 di Hokkaido naik secara mendadak disebabkan Festival Salji Sapporo yang diadakan pada awal bulan.

Jepun 3

Dengan lebih dua juta pengunjung festival itu, ramai yang telah dijangkiti virus tersebut.

Sekolah ditutup, semua perhimpunan awam dibatalkan dan penduduk diarahkan untuk stay at home. Perintah darurat yang dijalankan terbukti berkesan sebab seminggu lepas itu, bilangan kes positif menurun kepada hanya satu atau dua kes sehari.

Jepun 5

Namun, mereka telah dibenarkan bekerja dan sekolah dibuka semula pada 19 Mac. Namun, 26 hari kemudian, 135 kes positif dilaporkan. Buat masa sekarang, mereka telah menyambung semula tempoh darurat sehingga 6 Mei depan.

Jadi, kalau kita taknak perkara yang sama berlaku, rasanya tempoh PKP perlu dilanjutkan sehingga takde langsung bilangan kes positif.

Baca: “Bersyukurlah orang Malaysia oi” – Ni Rupanya Realiti Orang Jepun Hadapi Wabak Covid-19

Jepun

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.