Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 317 kes baru telah dilaporkan hari ini (3 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,088 kes.
Daripada 317 kes ini kesemuanya adalah kes tempatan dan tiada kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 1735 kes.
Manakala 29 pesakit berada di ICU dan 4 kes memerlukan bantuan pernafasan.
1 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian adalah sebanyak 137 kes.
121 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,216 kes.
Baca: [TERKINI] Naik Lagi! 287 Kes Baru, 81 Kes Sembuh & TIADA Kematian Baru Dilaporkan Hari Ini