Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 869 kes baru telah dilaporkan hari ini (17 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 19,627 kes.
869 kes ini adalah kes tempatan dan tiada kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 6,886 kes.
Manakala 91 pesakit berada di ICU dan 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.
4 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 180 kes.
302 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 12,561 kes.
Baca: [TERKINI] 629 Kes Positif & 6 Kematian Dilaporkan Hari Ini