in

[TERKINI] OPR Naik Lagi Kali Ke-4! Kadar Faedah Kini Meningkat Ke 2.75%

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah membuat keputusan untuk naikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas menjadikan kadar faedah kini pada 2.75%. Ini merupakan kenaikan yang keempat berturut-turut sejak Mei tahun ini.


BNM mengatakan, kenaikan OPR ini perlu dibuat bagi mengawal tekanan inflasi ketika ekonomi negara menjadi semakin kukuh.

Bank Negara Malaysia 3

Untuk pengetahuan korang, pada Mei tahun lalu, BNM telah menaikkan kadar OPR kepada 2% dari 1.75%, di mana ia merupakan kadar terendah pernah direkodkan. Namun begitu, ia terus meningkat ke 25 mata asas pada Julai dan September.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, BNM menjelaskan inflasi akan berterusan meningkat ekoran permintaan yang kukuh, pasaran buruh yang ketat dan peningkatan harga komoditi walaupun keadaan rantaian bekalan global semakin baik.

Peningkatan OPR ini bagaimanapun akan mengawal risiko permintaan yang berlebihan terhadap tekanan kenaikan harga.

 

Baca: [TERKINI] BNM Dijangka Naikkan OPR Untuk Kali Ketiga Tahun Ini?

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.