in

[TERKINI] Muhyiddin Yassin Didakwa Ditahan SPRM?

Ft Ts Muhyiddin Ditahan Sprm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Desas desus hari ini mengatakan bahawa ada seorang pemimpin tertinggi daripada sebuah parti politik berkemungkinan akan ditahan dan didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lama lagi. Memetik laporan FMT, dikatakan pertuduhan itu berkaitan dengan siasatan berterusan SPRM terhadap dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.

Walaubagaimanapun, identiti pemimpin parti politik itu masih belum dikenalpasti dan kini sedang menunggu pengesahan.


20232688 10154972731366936 3897102652877850508 O

Sumber juga melaporkan bahawa khabar angin mengenai pemimpin itu sudah ditangkap sudah tular sejak minggu lalu. Sumber turut melaporkan bahawa rumah pemimpin berkenaan dan anaknya telah diserbu, lapor Berita Harian.

Dalam pada itu, ada dakwaan bahawa identiti pemimpin terbabit telahpun didedahkan dan bakal dihadapkan ke mahkamah esok.

Dakwaan terhadap pemimpin tertinggi berkenaan dipercayai dibuat susulan beberapa pemimpin parti itu yang sudah dituduh di mahkamah berkaitan dakwaan penyelewengan daripada program pembangunan kontraktor pembinaan.

 

Muhyiddin Yassin?

Walaubagaimanapun, FMT hari ini melaporkan bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun ditahan SPRM.

Sumber melaporkan bahawa  Ahli Parlimen Pagoh itu ditahan ketika bermain golf di Selangor dan akan didakwa di mahkamah esok.

Walaubagaimanapun, penahanan Muhyiddin masih belum lagi disahkan walaupun FMT menyatakan bahawa sumber SPRM ada berkata beliau dijadualkan memberi keterangannya di ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok.

106778383 1604477887689 Gettyimages 1206141294 Afp 1Pq1E8

Sebagai rekod, akaun Bersatu dibekukan SPRM sebulan lalu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla), sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.

Dalam pada itu, difahamkan pemimpin Bersatu lain juga telah ditahan oleh SPRM termasuk Bendahari Agung Salleh Bajuri, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Segambut Adam Radlan Adam Muhammad.

Baca : [TERKINI] Sah! Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Sebagai PM

Ft Pm Letak Jawatan

Sumber: Google Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.