in

[TERKINI] Kerajaan Setuju Beri Moratorium Selama 6 Bulan Kepada Semua Individu – PM

Muhyiddin Yassin Sabah180920

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan bersetuju dengan kerjasama pihak bank, untuk berikan moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro. Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.


Perkara ini dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam Pengumuman Khas Pakej (PEMULIH) secara langsung hari ini. Beliau turut memberitahu bahawa hanya perlu membuat permohonan dan kelulusan kelulusan akan diberikan secara automatik.

Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas, tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Selain itu, kerajaan akan memberikan satu gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021 yang dianggarkan bernilai RM 500 juta.

Malah kerajaan turut bersetuju memberikan lanjutan tiga bulan diskaun sebanyak 10 peratus bagi bil elektrik untuk bulan Oktober hingga Disember 2021 kepada mana-mana sektor ekonomi yang terjejas.

 

Baca : “Mereka sudah hidup `nyawa-nyawa ikan’” – Ramai Minta BNM Buat Moratorium Penuh Buat Rakyat

Bnm2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.