Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 865 kes baru telah dilaporkan hari ini (19 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 21,363 kes.
865 kes ini, 858 adalah kes tempatan dan 7 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 7,456 kes.
Manakala 99 pesakit berada di ICU dan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.
3 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 190 kes.
455 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 13,717 kes.
Baca: [TERKINI] 629 Kes Positif & 6 Kematian Dilaporkan Hari Ini