Ketua Pembangkang dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pengumuman bahawa dia sudah mempunyai bilangan parlimen yang mencukupi untuk membentuk satu kerajaan baru.
Menurut FMT, Anwar berkata, beliau juga telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menghadap, namun perkara terpaksa ditangguhkan kerana YDPA berada di Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan.
“Saya sudah dapat sokongan majoriti kukuh & menyakinkan untuk dipersembahkan kepada YDPA”
“Sepatutnya kelmarin dapat menghadap YDPA tapi ditangguhkan kerana Baginda di IJN,” katanya.
Saya sudah mendapat sokongan kukuh – @anwaribrahim#NormaBaharu #PolitikMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/woqhLSOTFP
— Astro AWANI (@501Awani) September 23, 2020
Tambah Anwar lagi, dengan sokongan yang dimilikinya, ia bermakna kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.
Dengan sokongan yang saya dapat, bermakna kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh.”
"Dengan sokongan yang saya dapat, bermakna kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh" – @anwaribrahim
— MohdFaizalHassan 🇲🇾 (@f4izalhassan) September 23, 2020
Sebelum ini, menurut sebuah portal, Anwar katanya sudah mencapai kata sepakat dengan 20 wakil rakyat dari Perikatan Nasional untuk beroleh majoriti sokongan daripada keseluruhan 222 kerusi Dewan Rakyat, lapor Astro AWANI.