in

TERKINI : Ibu Bapa Dibenarkan Pulang Ke Kampung & Bermalam HANYA Untuk Mengambil Anak – Ismail Sabri

Feat 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sidang media harian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan ibu bapa yang anak-anak mereka berada di kampung, dibenarkan untuk pulang ke kampung bagi mengambil anak masing-masing.

Malah mereka juga dibenarkan untuk bermalam sehari atau dua (negeri yang jauh) jika perlu sebelum pulang ke bandar, bagaimanapun kebenaran polis diperlukan untuk tujuan ini.


*Perlu dimaklumkan menerusi GerakMalaysia

Sebelum ini polis mengeluarkan jadual perjalanan rentas negeri bermula esok, 7 Mei sehingga 10 Mei.

7 Mei (Khamis): Merangkumi pergerakan pulang dari Kuala Lumpur (perjalanan mengambil anak di kampung)

*permohonan perlu dibuat menerusi GerakMalaysia

8 Mei (Jumaat): Merangkumi pergerakan pulang dari Perak, Johor dan Kelantan.

9 Mei (Sabtu): Merangkumi pergerakan pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang

10 Mei (Ahad): Merangkumi pergerakan pulang dari Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu.

 

Baca : Rakyat Bebas Bergerak Rentas Daerah & Tiada Had Masa Dibawah PKPB  Ismail Sabri

2 5

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.