Semakin membimbangkan, China hari ini mengesahkan yang jumlah kematian akibat wabak koronavirus meningkat kepada 170 orang.
Dilaporkan wilayah Hubei paling teruk terjejas dengan 38 kematian baharu, menurut Sinar Harian.

Bukan itu sahaja, Pusat Penularan Koronavirus melaporkan 1,032 kes jangkitan baharu disahkan sekaligus mencetuskan kebimbangan global.
Malah kes kematian pertama turut dicatatkan di Barat Daya Wilayah Sichuan dan Tibet.
Susulan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan membuat mesyuarat tergembar hari ini bagi membincangkan mengenai wabak tersebut, sama ada perlu diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global – suatu penetapan yang boleh membawa kepada peningkatan koordinasi antarabangsa.

Harap cepatlah wabak ni berakhir!
Baca : Virus Corona boleh bunuh 65 juta orang dalam 18 bulan- Pakar Kesihatan