in

[TERKINI] Amy Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Hina Islam Ketika Buat Persembahan Komedi

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, wanita yang mencetuskan kontroversi pada hujung minggu lalu gara-gara video persembahan komedinya tular di media sosial telah dihadapkan ke mahkamah.

Bagaimanapun, Siti Nuramira Abdullah atau sering menggelar dirinya sebagai “Amy” ini telah mengaku tak bersalah atas dakwaan menghina Islam, lapor FMT.


Siti Nuramira Abdullah Fmt 6 672X420 1

Untuk pengetahuan korang, tuduhan ke atasnya dibacakan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan umat Islam ketika membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Amy telah ditahan sejak Ahad lalu oleh pihak polis Bukit Aman dan jika didapati bersalah, dia boleh dipenjarakan selama tiga ke lima tahun.

Sebelum ini, video berdurasi 54 saat telah tular di media sosial menunjukkan seorang wanita telah memperkenalkan dirinya sebagai seorang muslim dan telah pun menghafal 15 juzuk Quran sebelum membuka tudung dan baju kurung yang dipakainya mendedahkan pakaian seksi.

 

Baca: Kes Komedi Hina Islam: Wanita & Teman Lelaki Bakal Dituduh Di Mahkamah

Collage 16

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.