Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 732 kes baru telah dilaporkan hari ini (21 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 22,957 kes.
Dari 732 kes ini, 724 adalah kes tempatan dan 8 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 7,827 kes.
Manakala 102 pesakit berada di ICU dan 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.
6 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 199 kes.
580 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 14,931 kes.
Baca: [TERKINI] 629 Kes Positif & 6 Kematian Dilaporkan Hari Ini