Pada 16 Julai lepas, festival Bon Odori diadakan di Stadium Panasonic, Shah Alam walaupun terdapat pelbagai perbalahan tentang acara tersebut, hampir 50,000 rakyat Malaysia memeriahkannya.
Bon Odori merupakan acara tarian tahunan yang diraikan sempena perayaan Bon Jepun malah dalam festival itu, biasanya terdapat jualan barangan serta makanan tradisi Jepun dan acara itu telah diadakan di Malaysia sejak tiga dekad lalu.
Disebabkan acara itu terlalu meriah, dalam sebuah posting di Facebook, Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengumumkan mereka bakal mengadakan Hari Peradaban Bangsa Melayu pada 30 Julai ini di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
https://www.facebook.com/hjaminuddinyahaya/posts/pfbid0seJJ4QvKeizsGjg9abP5XtMFMq9s648G38tDTqWqt3imP7aeGrx3wBn13PqWfrswl
Aminuddin Yahaya berkata dia telah berbincang dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam untuk menganjurkan satu hari bagi meraikan peradaban bangsa Melayu
“Sahabat-sahabat daripada persatuan silat, seni serta budaya pun teruja untuk menjayakannya bersama.
Tarikh yang cantik ialah 1 Muharram 1444 yang jatuh pada 30 Julai 2022, iaitu hujung minggu hadapan. Inilah tarikh yang kita pilih untuk Hari Peradaban Melayu kali ini,” katanya.
Aminuddin juga berkata penganjuran Hari Peradaban Bangsa Melayu itu bakal diadakan setiap tahun bagi memupuk semangat patriotisme dan acara itu boleh disertai oleh seisi keluarga.
“Jika Bon Odori disifatkan sebagai festival kebudayaan yang ‘penting’ walaupun tidak ada kena mengena dengan kita, maka saya kira tiada sebab untuk tidak mememeriahkan Hari Peradaban Melayu kali pertama ini,” katanya.
Jom kita pergi!
Baca: Meskipun Terpalit Isu Panas, Festival Bon Odori Meriah Dengan Kehadiran 50,000 Pengunjung