Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak kes bunuh diri dilaporkan di Malaysia kerana tekanan pandemik Covid 19.
Malah baru-baru ini, tular di media sosial mengatakan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah menggantung diri kerana tekanan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta sering dimarahi ibu bapa.
Dakwaan orang ramai mengatakan kanak-kanak lelaki ini cuba menggantung diri di pokok depan rumahnya sebelum diselamatkan oleh penghantar makanan yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.
Ekoran dakwaan yang tular ini, polis mengesahkan yang pihaknya telah pun menerima laporan dari seorang bapa menafikan anak lelakinya cuba gantung diri kerana tertekan dengan sesi PdPR, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, laporan tersebut telah dibuat oleh bapa kanak-kanak tersebut pada Jumaat lalu.
Satu laporan polis penafian diterima pihak kami petang tadi daripada seorang lelaki berusia 40 tahun berhubung kenyataan tular di media sosial berhubung gambar anaknya yang ditahan di hospital.
“Hasil keterangan daripada bapa kanak-kanak itu menyatakan, anaknya ditahan di wad kerana terjatuh daripada buaian di hadapan rumah.”
Berdasarkan laporan yang dibuat, bapa kanak-kanak tersebut menafikan anaknya ditahan di wad kerana sakit akibat tekanan PdPR dan ibu bapa seperti yang viral di media sosial.
Namun dia turut menyatakan gambar anaknya di atas katil di wad diambilnya sendiri sebelum ditularkan.”
Difahamkan, kanak-kanak ini telah pun dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Besar Melaka.
Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja dengan keluarga ni…
Baca: Gadis 15 Tahun Makan Rambut Sendiri Gara-Gara Stres Kelas Online