Sejak kebelakangan ini, bilangan kes positif Covid-19 meningkat. Untuk rekod, bilangan kematian akibat virus tersebut juga telah mencecah angka 50 dalam sehari. Pelbagai usaha diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan wabak ini.
Untuk kes kematian yang melibatkan Covid-19, umum sedia maklum yang hanya kakitangan KKM dibenarkan untuk mengurus jenazah mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dalam tempoh yang singkat.
Tidak terkecuali untuk mangsa yang tinggal diluar bandar, kakitangan KKM akan menguruskannya mengikut SOP yang telah ditetapkan. Walau pun terpaksa meredah hutan, para frontliners kita sanggup berkorban demi keselamatan semua. Korang boleh tengok video frontliners redah kawasan hutan untuk kebumi mangsa Covid-19 dalam video @FiqhTabayyun kat bawah.
Pengorbanan frontliners, bilamana tempat tak boleh masuk dgn ambulans. Mereka tetap melaksanakan tanggungjawab walaupun dlm lelah.
We do our part.
Mask up, wash hands and avoid crowds. pic.twitter.com/ozckFWCC2P
— CatsForPalestine (@KlutzyKucing) May 21, 2021
Terima kasih frontliners!
Memang betul-betul ikut SOP frontliners kita ni. Tak kisah dalam hutan ke apa, urusan pengebumian memang dorang yang handle dari mula sampai habis.
Maknanya mana-mana kita tinggal pun dah tak selamat kalau kita ada contact dengan dunia luar. Solusi paling baik adalah untuk kita duduk rumah dan keluar bila perlu je. Itu je cara untuk kurangkan risiko terdedah dengan Covid-19 ni.
Min pun pelik gak awal-awal video. Lepas tengok lama sikit baru nampak frontliners kita tengah usung ramai-ramai. Terima kasih kepada frontliners yang sanggup berkorban.
Amiinn. Kita doakan frontliners tetap kuat semangat menghadapi pandemik ini. Apa yang kita boleh buat untuk bantu frontliners adalah dengan jaga kesihatan dan elak berkunjung ke tempat yang ramai orang.
Patuhi SOP yang telah ditetapkan. Lindung diri, lindung semua.