Kadang-kadang kita tak tahu bila akan ditimpa musibah, betul tak? Tapi, bila adanya orang sekeliling yang baik hati datang menghulurkan bantuan, kita pasti rasa bersyukur dengan kehadiran mereka.
Semalam, pelawak dan pengacara, Shahrol Shiro berkongsi video dia membantu satu pasangan warga emas yang terlibat kemalangan di sebuah jalan raya.
View this post on Instagram
Tayar kereta masuk longkang
Shahrol menceritakan pengalamannya ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah sewaktu hujan lebat. Kemudian, dia ternampak sebuah kereta berwarna merah terlibat kemalangan yang mana kedua-dua belah tayar kiri kereta itu termasuk ke dalam longkang.
Dalam perjalanan balik rumah tadi, hujan lebat. Saya ternampak kereta ini sebelah tayarnya termasuk ke dalam parit (longkang).
Walau bagaimanapun, Shahrol terus membantu mangsa kemalangan tersebut keluar daripada kereta. Shahrol berkata, ada satu pasangan suami isteri warga emas di dalam kereta tersebut dan mereka kelihatan terkejut dengan kejadian yang menimpa.
Artikel berkaitan: “Walaupun social experiment&” – Berlakon Halau Ibu, Reaksi ‘Stranger’ Bantu Mak Cik Buat Netizen Sedih
Artikel berkaitan: Ramai Nak Hulur Bantuan, Ebby Yus Mahu Ikthiar Sendiri Kos RM38,000 Pasang Bateri Jantung
“Hujan lebat mata pak cik tak berapa nampak”
Shahrol meminta supaya pasangan warga emas itu bertenang dahulu sebelum dia membantu mereka keluar dari kereta itu. Dia juga menawarkan supaya pak cik dan mak cik tersebut berehat dahulu di dalam keretanya sementara menunggu lori towing datang ke tempat itu.
Disebabkan hujan yang turun agak lebat, pak cik itu mengalami kesukaran untuk memandu pada ketika itu.
Katanya hujan lebat dan mata pakcik tak berapa nampak.
Akhirnya, sebuah lori towing sampai dan membantu untuk mengeluarkan kereta itu dari longkang.
Sikap prihatin Shahrol ini telah membuatkan ramai netizen terharu.
Alhamdulillah.. terima kasih Shahrol!
Sumber: Instagram