Di saat kanak-kanak lain hanya ingin bermain dan bersuka-ria bersama rakan atau adik beradik lain, seorang kanak kanak berusia enam tahun ini memilih untuk menjadi hero selepas sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan adik perempuannya dari digigit anjing.
Menurut sumber, semuanya bermula apabila seekor anjing ini mahu menerkam adik perempuannya, tanpa berfikir panjang, kanak kanak yang berusia 6 tahun meluru untuk berada di hadapan adik perempuannya untuk menghalang adiknya digigit.
A post shared by Nikki Walker (@nicolenoelwalker) on
Insiden penuh ngeri ini telah membuatkan Bridger memerlukan 90 jahitan daripada bekas gigitan yang diterima. Kisah penuh aksi ini telah dikongsikan semula oleh mak cik beliau menerusi laman Instagram serta melabelkan keberanian Bridger setanding para ‘Avengers’.
Lebih menyentuh hati lagi apabila Bridger turut sempat berkata, sekiranya terdapat individu yang sepatutnya terkorban dalam insiden tersebut, beliau sanggup menjadi mangsa berbanding adik perempuannya sendiri.
Sekalung tahniah diucapkan buat Bridger yang menjadi abang yang baik dan sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan adik perempuannya meskipun baru sahaja berusia 6 tahun.