Majlis graduasi atau konvokesyen sememangnya antara acara yang paling ditunggu-tunggu oleh seorang pelajar, mana tidaknya, hasil usaha beberapa tahun berhempas-pulas akhirnya diiktiraf pada hari konvokesyen tersebut.
Keterujaan seseorang pelajar di hari konvokesyen biasanya dikongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan.
Pun begitu, tidak semua orang berpeluang untuk berkongsi kebahagiaan itu, ada yang kehilangan orang tersayang sebelum majlis tersebut dan mereka tidak berpeluang untuk menjadi saksi pencapaian seseorang pelajar itu.
Begitulah yang terjadi kepada seorang graduan ini, apabila dia kehilangan ibunya sebelum ibunya sempat melihat puterinya itu mengambil ijazah.
@anotherayesha1 Ma, I did it 🤍 dulu mama selalu bagi duit belanja lebih untuk I belanja both my bestie makan. see hows their mom treats me now after ure gone ma. terima kasih pinjamkan mama kalian semalam. I’ll cherish this moment forever ✨️ #fyp #rinduibu #sad
Pengguna TikTok @anotherayesha1 berkongsi ibunya tidak dapat berada bersamanya ketika hari konvokesyen, tetapi apa yang membuatkan netizen terharu ialah ibu kepada dua rakan baiknya memberikan sejambak bunga kepadanya.
“Ma, I did it ! Dulu mama selalu bagi duit belanja lebih untuk I belanja both my bestie makan. see hows their mom treats me now after ure gone ma. terima kasih pinjamkan mama kalian semalam. I’ll cherish this moment forever” tulisnya dalam kapsyen.
Difahamkan, gadis itu kehilangan ibunya kerana wabak Covid-19 tahun lepas dan beberapa bulan selepas itu gadis tersebut berjaya menggenggam ijazahnya.
“Siapa potong bawang ni?”
Rata-rata netizen terharu dan memuji kesabaran gadis tersebut. Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepadanya kerana telah berjaya menamatkan pengajiannya.
Tahniah sis, semoga sentiasa tabah hadapi ujian dalam hidup ni!