in

“Tergamak betul hati..” – IG Miera Leyana ‘Diserang’ Netizen Lepas Suami Cerai Isteri Pertama?

Miera Leyana Diserang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam suami kepada pelakon Miera Leyana menceraikan isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Rosland Othman yang merupakan seorang ahli perniagaan melafazkan talak itu selepas mendakwa hubungan mereka tiada lagi persefahaman malah perasaan sayang juga sudah tiada, ia berikutan bekas isterinya itu mengeluarkan kenyataan di media sosial yang dikatakan menjejaskan kerjayanya.


Perkara itu menjadi buah mulut netizen dan hari ini Instagram pelakon filem Dendam Orang Mati itu sudah mula ‘diserang’ oleh netizen yang merasakan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

Ramai yang merasakan pasangan suami isteri itu sepatutnya boleh sahaja hidup bermadu dengan aman damai, namun penceraian yang menjadi solusi buat mereka.

Ssss

Tidak kurang juga netizen yang bersimpati dengan bekas isteri pertama Rosland kerana kedua-dua mereka telah membina rumah tangga selama 28 tahun dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sebagai info, Rosland bernikah dengan Miera Leyana pada 25 Julai 2020 dan kini memperoleh seorang anak perempuan.

Harapnya inilah jalan penyelesaian terbaik…

Baca: “Adibah masih terkejut” –  Suami Miera Liyana Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu

Suami Miera Liyana Cerai Isteri Pertama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.