Dalam keadaan terdesak, kita tak boleh nak berfikir dengan betul dan buat keputusan pun tak ikut logik akal.
Macamtu juga keadaan ibu ini apabila terpaksa jatuhkan anaknya yang baru berusia 3 tahun dari tingkat 10 selepas rumah mereka terbakar.
Menurut Mirror, video yang dirakam oleh seorang individu dari menara bertentangan menunjukkan seorang wanita berusia 32 tahun sedang memegang tangan anak lelakinya dari luar tingkap tingkat 10 sebagai tanda tak ada jalan keluar lain.
Terdesak, dia menjatuhkan anaknya dan mengharapkan orang di tingkat bawah akan menangkap cuba untuk menangkap anaknya.
Saksi di tempat kejadian telah merentangkan kain dengan harapan untuk menyelamatkan budak itu.
Malangnya, kain tersebut koyak kerana tak mampu menampung berat kanak-kanak tersebut dari ketinggian 100 kaki. Budak malang ini meninggal serta-merta.
Sedih, kami tak dapat lakukan apa-apa untuk selamatkannya.”
Lebih menyedihkan lagi, selepas melihat anaknya mati, ibu ini mengikut jejak anaknya dengan melompat keluar dari tingkap yang sama.
Ibu malang ini mendarat di atas jalan dan turut mati serta-merta.
Kalau korang nak tahu, 30 penghuni lain selamat dikeluarkan dari bangunan tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Baca: Bayi Maut Jatuh Eskalator Terlepas Dari Dukungan Gara-gara Ibu Hilang Keseimbangan Badan