in

[TERBARU] PRK Batu Sapi & PRN Sarawak Akan Diadakan Pada Bila-Bila Masa

Xx 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan pengumuman oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) pada pukul 4 petang tadi, beliau menerangkan beberapa perkara penting berkenaan situasi semasa Covid-19 di Malaysia.


Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi yang ditetapkan pada 5 Disember 2020 ini dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal diadakan pada bila-bila masa tidak dapat dielakkan, terang Perdana Menteri itu.

2 8

Ini adalah disebabkan Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Pilihan Raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terdapat kekosongan bagi sesuatu kerusi parlimen.

Fasal (4) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak juga memperuntukkan Pilihan Raya Negeri hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Dalam sidang khas MKN yang saya pengerusikan hari ini, setiausaha SPR memaklumkan ramai petugas Pilihan Raya menyatakan rasa bimbang untuk bertugas di PRK Batu Sapi nanti kerana takut terkena jangkitan Covid-19”

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu agar penduduk di Batu Sapi dan Sarawak agar berhati-hati dan mematuhi SOP dengan penuh disiplin jika pilihan raya tidak dapat dielakkan.

 

BACA: [TERBARU] Selepas Sabah, Sarawak Pula Akan Adakan Pilihan Raya Negeri

Cats 21

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.