in

Teori Baru MH370: Pakar Dakwa Pilot BUNUH Semua Penumpang Dengan Sekat Sumber Oksigen & Junamkan Pesawat Dalam Laut?

Trgedi Mh370 E1665804965298

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah 5 tahun berlalu, namun berita kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 itu masih kekal misteri hingga sekarang. Sungguhpun pelbagai operasi pencarian telah dilakukan dan segala pakar yang ada telah dikerah untuk melakukan kajian, namun tiada jawapan yang ditemukan hingga kini.

Pun begitu, menurut laporan The Sun, pakar daripada Independent Group mendakwa mereka ada teori baru dan sedang menyiasat kes tersebut. 


 

Kapten Zaharie Ahmad Shah punca kemalangan berlaku?

Pakar-pakar ini mendakwa pilot kepada MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah telah membunuh 238 penumpang di dalam pesawat tersebut. Whaat??

Nintchdbpict0000747145541
kapten zaharie dan fariq | sumber: the sun

Caranya? Dia dikatakan dengan sengaja telah menerbangkan pesawat tersebut dengan laju sehingga ke ketinggian 40,000 kaki dari laut hingga menyebabkan pesawat tu berada dalam keadaan ‘tertekan’.

Dengan cara itu, dia membunuh 238 orang penumpang secara perlahan akibat sesak nafas sebelum menghempaskannya ke dalam Lautan Hindi. Allahuakhbar!

Juruterbang Mh370 2
sumber: the sun

 

Pakar-pakar sokong teori ‘Zaharie’ ekoran penemuan flight simulator

Tak mudah sebenarnya untuk menyangkal dakwaan teori di atas ni. Independent Group yang dianggotai pakar-pakar penerbangan ini bukan calang-calang organisasi dan ahlinya juga pernah dipanggil untuk membantu operasi pencarian pada 8 Mac 2014 dulu.

Menurut William Langewiesche yang juga seorang aviation expert, Zaharie kemungkinan besar mengubah haluan Boeing 777 dengan tujuan untuk menghabiskan minyak pesawat tu dan sengaja menjunamkan kapal tersebut untuk memberi impak yang kuat.

Nintchdbpict000436438088
Imej lakonan semula | sumber: the sun

Malah penemuan sebuah flight simulator milik Zaharie di rumah yang menunjukkan laluan penerbangan pesawat yang sama juga menjadi salah satu sebab kenapa dia dituduh dengan teori ini. 

Menurut siasatan FBI, mereka juga mendapati yang Zaharie menggunakan simulator tersebut untuk mencipta laluan yang hampir serupa dengan apa yang berlaku pada MH370 dengan menamatkan penerbangan di Lautan Hindi selepas pesawat kehabisan minyak. Erk! 

Dd Composite Mh370 U Turn Map 21
Infografik | sumber: the sun

 

Rakan Zaharie beri bayangan sahabat ada masalah depresi, rumah tangga tidak bahagia

Menurut laporan The Atlantic, seorang sahabat Zaharie telah buka rahsia mengenai kehidupan rakannya yang dikatakan agak ‘depresi’, ‘keseorangan’ dan ‘menyedihkan’.

Zaharie
sumber: blog

Sungguhpun dia tak percaya bahawa sahabatnya boleh jadi penyebab kepada tragedi MH370, namun jika itu kebenarannya maka dia harus menerima.

“Ia tak masuk akal. Susah untuk percaya inilah rakan yang saya kenal. Tapi itulah pengakhirannya,” kata sahabat Zaharie.

Tambahnya lagi, perkahwinan Zaharie dalam keadaan yang tidak baik kerana berlaku beberapa siri kecurangan dan isterinya tahu mengenai hal ini. Malah Zaharie juga digambarkan sebagai seorang lelaki yang selalu bersedih dan berkeseorangan.

Keluarga Z
sumber: blog

Jika benar Zaharie melakukan apa yang dinyatakan dalam teori di atas, dia juga dikatakan menyerupai tindakan seorang co-pilot Germanwings bernama Lubitz yang dikatakan dengan sengaja menghentam Flight 9524 ke French Alps yang mengorbankan 144 penumpang dan 6 anak kapal.

Pun begitu, semua yang dinyatakan di atas hanyalah teori semata-mata tanpa bukti yang kukuh dan penemuan black box yang sehingga kini hilang tanpa sebarang kesan.

Al fatihah buat penumpang MH370 dan salam takziah buat keluarga mereka. Selagi semuanya belum terbukti, min rasa tak adil kita menuduh yang bukan-bukan pada pilot tersebut kan? Jadi kita anggaplah ini teori semata-mata. 

Baca: “Hendak ziarah kuburnya pun tiada” – Sedih, Luahan Hati Ibu Penumpang Pesawat MH370

Mh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.