Sudah menjadi undang-undang yang wajib dipatuhi di Malaysia untuk mana-mana orang awam memakai pelitup muka apabila mereka berada di luar rumah.
Malah ia juga perkara mandatori bagi sesiapapun yang berada di negara ini untuk memakai pelitup muka untuk masuk ke dalam mana-mana premis dan shopping mall.
“Bila saya nak masuk, dia letak tangan dia atas saya dan tolak saya”
Pun begitu, menurut Coconuts KL, viral di Twitter sebuah video yang memaparkan seorang wanita berbangsa Inggeris tiba-tiba naik angin apabila dihalang daripada memasuki butik Dior di KLCC.
Sebab dia dihalang daripada memasuki premis tersebut ialah kerana dia tidak memakai pelitup muka. Laaa…
https://twitter.com/DFEfiercefun/status/1453158296924274694
Menurut pemilik video, dia telah merakam kejadian berkenaan ketika sedang beratur untuk memasuki premis Dior. Wanita itu difahamkan tidak mahu memakai pelitup muka dan menuduh mereka yang memakai mask sebagai komunis. Pulak dah!
Bila saya nak masuk, dia letak tangan dia ke atas saya dan tolak saya,” kata wanita Inggeris itu di dalam video tersebut.
“Why orang tak pakai mask lepas masuk KLCC ni?”
Video tersebut kemudian mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen yang mempersoal bagaimana individu yang tidak memakai pelitup muka boleh terlepas masuk ke dalam mall tersebut.
Walau bagaimanapun, ramai yang memuji tindakan pekerja Dior yang tidak membenarkan wanita berkenaan memasuki premis itu, di samping menasihati mereka untuk membuat laporan polis agar wanita ini ditahan polis.
Ketika artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan sama ada dari pihak Suria KLCC mahupun Dior Malaysia berkaitan isu tersebut.
Dalam pada itu, ramai yang berharap pihak berkuasa seperti PDRM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan ke atas wanita berkenaan atas perlakuannya.
Sumber: @DFEfiercefun, Coconuts KL
Baca: Polis Kompaun ‘Founder Biadap Dengan Warga Emas’, Kerana Tak Pakai Mask Dalam Video Tular