in

“Tengok adik dengan ibu menikah, nak join sekali” – Janda & 3 Anak Buat Kenduri Dekat Padang Bola Sanding Serentak

Keluargapengantin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumpa jodoh sama-sama, sorang ibu tunggal bersama 3 anaknya dari Jawa Barat ini membuat keputusan untuk berkahwin sama-sama pada hari yang serentak!


Menurut Sosok, keempat-empat pasangan itu akad nikah pada hari yang bebeza tapi bulan yang sama. Majlis pula dibuat satu hari serentak.

 

4 pengantin, 1 keluarga

Foto Resepsi Pernikahan Bareng Seorang Ibu

Si ibu Eti, menikah pada 9 Februari 2020, anak sulung Tati (25) nikah pada 20 Februari 2020, anak kedua, Tita (25) 5 Februari 2020 dan anak bongsunya, Resi (19) pada 6 februari 2020.

Foto perkahwinan anak beranak ini viral di media sosial dalam kalangan netizen di Indonesia. Menurut wedding planner, Agus (28), akui ini adalah pertama kali dia melihat kejadian itu.

“Selama 12 tahun ikut mengelola wedding organizer, baru kali ini ada kejadian seperti ini. Seorang ibu menggelar resepsi pernikahan serentak bersama tiga anaknya. Bukan di gedung, tapi di lapangan bola yang berada di dusun mereka,”

Ibu Dan Tiga Putri Kandungnya Menggelar Resepsi Nikah Bareng Di Lapangan Sepakbola Pasirpeti Kabupaten Ciamis Jawa Barat. Fotoistimewa

Lokasi perkahwinan dilakukan dirumahnya. Tambah Agus lagi, zaman ini zaman moden, petua yang mengatakan kahwin serentak tidak elok tu tak perlu didengari lagi.

“Dalam mitos Sunda, ada pamali. Katanya tidak boleh menggelar hajat nikah, satu keluarga tiga kali dalam setahun” 

Tambah Agus, pada awalnya Eti hanya berniat nak nikahkan anak sulungnya Februari haritu tetapi Tati menolak dengan banyak alasan.

 

Menariknya, saat itu yang mau menikah justru Tita, anak kedua Ibu Eti. Namun, melihat Resi dan ibunya menyusul menikah tak lama berselang, Tati akhirnya mau juga menikah” 

Resepsi Pernikahan Serentak2

Katanya lagi, hari sanding memang sama, tapi keempat-empat pasangan ini ada undangan mereka sendiri, itu sebablah mereka memerlukan tapak yang lebih besar.

Berikutan dengan tularnya gambar mereka sekeluarga, anaknya Tati tak sangka dan terkejut apabila buka handphone nampak gambar mereka tersebar luas di media sosial.

Bagaimanapun dia bersyukur dengan majlis yang dijalankan, malah respon daripada netizen juga sangat positif.

8A1Bd62A 276B 4F65 8C64 768Be125Aae3 169

“Alhamdulillah, jadi banyak yang mendoakan. Tanggapan warganet juga positif”

Malah suami Tati Irfan juga menjelaskan mungkin ada hikmah mereka melakukan perkara sebegini, misalnya lima keluarga besar dapat berkumpul dan bersua muka sebab waktu lebaran sekalipun ada sahaja yang tak sempat nak jumpa.

Katanya lagi semua ahli keluarga datang meraikan majlis tersebut. Suami Tati, Irfan menambahkan adanya hikmah di balik pernikahan tersebut.

 

Baca : “Patutnya dia hidup bahagia…” – Doktor Wuhan Maut Selepas Disahkan Positif Coronavirus Pada Tarikh Perkahwinan

Corona

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.