in

“Tempat pegang air pun tak nak kalah!” – Pereka Fesyen Ubah Beg Tangan Lama Jadi Tempat Pegang Air

Ft Daisuke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tempat pemegang boleh dikira sebagai satu keperluan sekarang dengan adanya pelbagai variasi air bubble tea di pasaran.


Tak dapat dinafikan kadang-kadang pemegang itu tak convenience, dan boleh mencacatkan look individu.

Namun tidak bagi pereka fesyen terkenal Jepun, Daisuke.

Capture 5 12

 

Dia yang dikenali dengan gayanya yang gemar mengubahsuai barangan jenama terkenal kepada sesuatu yang baru muncul lagi dengan rekaan terbaru.

Daisuke dilihat mempamerkan “beg tangan” terbarunya di akaun instagram miliknya.

Tapi kenapa nampak macam lain eh?

Rupa-rupanya Daisuke ubahsuai beg tangan lama yang tak digunakan lagi menggunakan fabrik daripada Louis Vuitton dan Christian Dior.

Hasil ubah suai tu, Daisuke menampilkan tempat pemegang air dengan rekaan yang cukup simple!

Capture 1 4 4

Dengan dua lubang di tengah dan pemegang rekaan unik itu dapat menambahkan lagi gaya kepada si pemakai lapor mstar

Walaupun rekaannya mendapat perhatian ramai peminat fesyen, namun jelas Daisuke koleksi tersebut hanyalah untuk simpanan peribadi dan bukan dijual.

Alahh min baru nak berangan guna pemegang air ni!

Beg yang diubahsuai ni pula adalah beg lama yang sudah tidak digunakan lagi. So janganlah tuduh dia ni membazir pula…

“Bayangkan beg seperti Louis Vuitton atau Chanel yang sudah tidak digunakan sayang jika dibuang begitu sahaja. Fabrik digunakan sangat bermutu tinggi.

“Jadi saya ingin beri nafas baru kepada barang terbuang ini agar ia dapat digunakan dengan penuh gaya,”

 

Capture 2 3

 

Daisuke juga mengatakan rekaannya bukan saja digunakan untuk menambah gaya tapi mengurangkan penggunaan plastik.

Betul juga, dapat juga go green kan. Nasib tak jual, kalau jual min beli satu bawa pergi office.

 

Baca : “Sama tapi bukan dia”- Netizen Pelik Tengok Design Face Mask ‘Lain Macam’

Capture 5 11

Sumber: mstar
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.