in

Tembak Lelaki Di Kepala 25 Tahun Lalu, Pembunuh Tenat Akhirnya Insaf & Buat Pengakuan

Whitey5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika terlanggar orang hingga cedera pun sudah terbayang-bayang dalam ingatan sepanjang hayat, ini kan pula kes bunuh. Setiap hari pasti mereka akan terbayang wajah mangsa yang dibunuhnya. Imej itu seolah olah memburu mereka sehingga jiwa jadi tak tenteram.


Seperti lelaki ini, 25 tahun menanggung rasa bersalah kerana jenayah besar yang dilakukan hingga meragut nyawa orang lain.

Johny Dwight Whited, lelaki berusia 53 tahun ini difahamkan kini sedang menderita sakit. Dia yang mengatakan dirinya sedang tenat telah mendedahkan jenayah yang dilakukannya dulu kepada pihak polis.

 

1995, Christopher dijumpai mati namun tiada suspek

Pada tahun 1995, mayat Christopher Alvin Dailey dijumpai namun ketiadaan petunjuk membuatkan kes ini senyap lebih dua dekad.

Tiba-tiba pihak polis mendapat panggilan daripada Whited yang membuat pengakuan tentang pembunuhan Christopher. Whited mengaku dia yang menembak kepala Christopher bagaimanapun tak ingat tarikh atau tahun kejadian berlaku.

Whitey

Kata Detektif Sean Mukaddam dia tak pernah menerima panggilan sebegini.

Dia kata ‘Saya nak buat pengakuan tentang satu pembunuhan yang saya lakukan pada bertahun-tahun lalu.’

Katanya, dia mahu rahsia ini keluar dari lubuk dadanya.”

Pengakuan yang dikatakan out of blues ini membuatkan pihak polis terkesima. Tak terus menuduh, mereka telah menyiasat perkara ini dan ternyata ianya benar.

 

Whited beri kerjasama, bukti & maklumat sepadan dengan kes

Menurut MirrorUk, semua siasatan polis sebelum ini menemui jalan buntu kerana tiada suspek yang sepadan dengan bukti-bukti kejadian.

Walaupun terdapat banyak siasatan, namun tiada seorang pun dapat dibangkitkan dalam kes tersebut.

Kes ini juga dikaji pada tahun-tahun berikutnya bagi mencari petunjuk namun masih menjumpai jalan buntu.”

Whited telah dituduh melakukan pembunuhan dan dikenakan bon berjumlah RM61,387 (15,000 US Dollar). Bagaimanapun tarikh perbicaraan mahkamah belum ditentukan.

 

Baca : “Disgusting!” – [Video] Amber Heard ‘Senyum’ Dengar Audio Mengaku Pukul Johnny Depp Buat Netizen Geram!

Whitey3

Sumber: rokna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.