in

Teman Wanita Nidza Afham Akui Sukar Nak ‘Move On’, Sifatkan Arwah Seorang Penyayang

Arwah 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, negara kita kecoh dengan berita kematian seorang penyanyi, Nidza Afham. Difahamkan, kekasih Nidza Afham, Hazmiera Amrisya merupakan insan terakhir yang dihubungi sebelum arwah hilang tanpa jejak.

Sukar nak move on, percaya masa mengubati

Hari ini, Hazmiera yang mesra dipanggil Miera menulis satu hantaran di Instagram Story miliknya. Miera meluahkan rasa cinta kepada arwah dan seakan-akan sukar untuk menjalani hidup tanpa Afham.


Artikel berkaitan: “Benda macam ni boleh bergurau” – Kakak Sulung Nidza Afham Bengang Ada Individu Permain Kematian Adik

Artikel berkaitan: Ramai Simpati, Ini Kronologi Kehilangan Nidza Afham Yang Diakhiri Dengan Penemuan Mayat Di Sungai Klang

Sayang. Awak bergembiralah di sana ya, sayang. Nanti, kita jumpa. Saya tak tahu sebenarnya macam mana nak ‘move on’ daripada semua ini.

Tapi, kesetiaan, kasih sayang, kebaikan, usaha sayang, tak dapat saya cakap apa-apa lagi. Semuanya cukup dan bahagia bagi saya untuk saya kenang.

Miera sifatkan Afham seorang yang penyayang dan dia bersyukur mengenali arwah selama ini.

Tapi, kesetiaan, kasih sayang, kebaikan, usaha sayang, tak dapat saya cakap apa-apa lagi. Semuanya cukup dan bahagia bagi saya untuk saya kenang.

Arwah 1
Sumber: instagram

Ucap terima kasih kepada ibu Afham

Dalam pada itu, Miera mengucapkan terima kasih kepada ibu Afham, Yusnita Istihat yang dipanggil Umi. Dia hanya mampu melakukan yang terbaik sehingga akhir hayat arwah.

Saya cuma teman wanita yang cuba buat yang terbaik dan berikan apa yang mampu untuk teman lelakinya, sayang. Saya yakin, sayang dah gembira di sana.

Saya bahagia kalau sayang bahagia. Terima kasih umi, terima Miera sebagai menantu umi. Sayang tolong doakan untuk saya dekat sini juga, okay?”‘I love you’ sayang.

Miera turut berkongsi video pengebumian arwah pada Khamis minggu lepas di Tanah Perkuburan Islam Puncak Perdana, Shah Alam serta memuat naik video kenangannya bersama arwah.

Terdahulu, Afham dijumpai meninggal dunia berhampiran Jambatan Sungai Klang pada Rabu selepas dilaporkan hilang pada malam Selasa usai keluar joging.

Pihak polis bagaimanapun mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.