in

“Tegak bulu roma lalu sini” – Ini Kisah Perkampungan Tarikolot Yang Kini Jadi ‘Ghost Town’

Feature 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang lalu dekat kampung yang tak ada orang langsung? Memang confirm korang akan meremang kalau jalan kat kawasan sunyi macam ni seorang diri kan.


Kali ini, admin nak kongsikan tentang sebuah kampung ‘mati’ yang tak ada penghuni walaupun keadaan rumah di situ masih elok dan cantik. Perkampungan Tarikolot di Desa Sidamukti, daerah Majalengka, Indonesia ini sebenarnya sering menghadapi bencana alam dan ia sekali gus mengancam nyawa penduduknya, lapor Detik News.

Kampung 1

Difahamkan, pergerakan tanah sering berlaku di kawasan yang terletak di Jawa Barat ini, jadi 253 buah keluarga telah berpindah dan 180 rumah yang berada dalam keadaan baik juga terpaksa dikosongkan. Sebab tu lah area ni sunyi je. 

Pada tahun 2006 telah berlakunya pergerakan tanah yang teruk dan ketika itu, banyak rumah penduduk yang mengalami kerosakan. Sebagai penduduk, mesti dorang tak sedap hati nak duduk di kampung ni lagi sebab kawasan ni juga berada di zon merah bencana. 

Kampung 2

Menurut Karwan iaitu ketua kampung tersebut, ramai yang pada mulanya sayang nak berpindah namun atas faktor keselamatan, mereka mendapat penempatan baru di Kampung Buahlega pada tahun 2009 dan telah berpindah setelah rumah di situ siap dibina.

Kebanyakan rumah memang ditinggalkan begitu saja oleh penghuninya,” katanya.

Kalau ada yang melawat kampung ni sekarang pun, korang akan jumpa lebih banyak haiwan seperti ayam dan anjing berbanding manusia. Katanya, ada juga sebilangan kecil penduduk yang masih tinggal di situ. Malah, ada di antara mereka yang telah berpindah menggunakan tanah di sini untuk bertani dan menternak haiwan.

Jadi, bangunan-bangunan rumah yang kosong dan terbengkalai kat sini memang nampak seram dan angker. 

Baca: “Semua penduduk yang mati diganti dengan patung” – Kisah Aneh Kampung Terpencil Kampung Di Nagaro, Jepun Ni Pasti Buat Korang Meremang 

Kampung

Sumber: Detik News
Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.