in

Tawar Rumah Terbiar Secara Percuma, Ini Cara Jepun Untuk Tarik Penduduk Baru

Feature 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tinggal di luar negara bukan hanya dapat beri kita peluang untuk belajar tentang budaya luar, namun ia juga dapat mendidik kita untuk jadi lebih berdikari. Jadi, kalau anda diberi peluang untuk berhijrah ke luar negara, negara manakah yang akan jadi pilihan anda? 



Ada berita baik untuk pencinta negara Jepun sebab menurut Tatler Hong Kong, Jepun ada tawarkan rumah terbiar secara percuma kepada individu yang berminat.

Rumah 2

Difahamkan, insentif ini dibuat sebab Jepun nak tarik penduduk untuk berhijrah ke kawasan tersebut. Rumah terbiar atau tidak berpenghuni ini dikenali sebagai akiya dalam bahasa Jepun, di mana lazimnya ia terletak di kawasan perkampungan.

Rumah ini tiada penghuni disebabkan pemilik asalnya telah berpindah ke kawasan bandar ataupun telah meninggal dunia.

Selalunya, rumah macam ni terletak di kawasan luar bandar seperti di Tokushima, Kochi dan Wakayama. So, rumah akiya ni sesuai untuk orang yang suka tinggal di tempat yang tenang dan tak sesak dengan pembangunan.

Rumah 1

Memetik laporan daripada Insider pula, kerajaan Jepun juga telah menyediakan laman web khas yang dikenali sebagai Akiya Banks untuk memudahkan bandar-bandar terlibat senaraikan rumah terbiar di kawasan itu.

Namun, bukan semua rumah juga ditawarkan secara percuma. Difahamkan, rumah percuma tu ditawarkan di kawasan Okutama. Jadi, rumah di area lain perlu dibeli macam biasa, sama seperti prosedur pembelian hartanah yang lain. Cuma, harga yang ditawarkan adalah lebih murah, contohnya serendah 50 ribu yen (kira-kira RM1,878).

Yang menariknya, pembeli rumah terbiar ni tak semestinya kena tinggal disitu sebab ada juga yang telah menukarkannya menjadi bengkel atau kedai makan.

Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan. So, kalau korang teringin nak tinggal kat oversea, boleh la try beli rumah ni kat Jepun. Manalah tahu kalau-kalau lepas ni boleh pindah ke sana pulak kan.

Sumber: Tatler Hong Kong, Insider, Unilad 

Baca: “Banyak surat khabar tahun 1911”- [GAMBAR] Photographer ‘Ternganga’ Bila Masuk Rumah Terbiar Berusia 100 Tahun Ini

Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.