in

TASKA Dibenarkan Beroperasi Tapi Perlu Mohon Kebenaran Dari JKM Negeri

Taska5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) sebelum ini diarahkan tutup sementara semasa awal perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada awal Oktober lalu.


Sudah semestinya penutupan TASKA akan memberi kesukaran kepada ibu bapa yang perlu keluar bekerja hinggakan ada yang terpaksa merentas negeri untuk menghantar anak mereka kepada ahli keluarga untuk jagaan sementara.

Susulan aduan yang diterima, hari ini Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun membenarkan TASKA beroperasi semula tapi dengan syarat :

Pihak pengendali TASKA perlu memohon kebenaran dan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sebelum membuka semula operasi mereka.”

Difahamkan, pembukaan semula TASKA sudah bermula sejak Selasa lalu dan ia dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. – Berita Harian

Taska2

Kita menerima banyak aduan dari ibu bapa yang perlu keluar untuk bekerja dan kita harus menangani isu ini dengan segera. Kita faham kerana walaupun PKPB namun aktiviti ekonomi masih perlu berjalan.

Justeru kementerian meminta JKM negeri untuk meneliti permohonan TASKA ini untuk pembukaan semula operasi dan kita sendiri tiada halangan mengenainya.

Cuma apabila beroperasi, TASKA perlu mengikut SOP yang ketat termasuk menjarakkan waktu penghantaran antara satu kanak-kanak dengan kanak-kanak lain bagi memastikan kesihatan dan keselamatan mereka terjaga.”

Tambahnya di sidang media hari ini, SOP terperinci mengenai operasi TASKA pada PKPB ini sudah diserahkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk diwar-warkan kemudian.

Baguslah untuk parents, pendapatan TASKA pun dapat dipulihkan!

 

Baca : “Kurangkan bebanan frontliners” – TASKA Sementara Untuk Anak Petugas Barisan Hadapan

Taska1

Sumber: harian metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.