in

“Tanya bila ibu nak balik” – Eda Ezrin Kongsi Anak Diejek Di Sekolah Kerana Ibu Masuk Penjara

ft eda ezrin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi sohor dari Kelantan, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30 atau lebih mesra dengan panggilan Eda Ezrin meluahkan bahawa anak-anaknya akan menangis dan bertanya bila akan pulang setiap kali mereka melawatnya di Penjara Wilayah Narathiwat.

Artikel berkaitan : Ambulans Terkandas Akibat Cerun Runtuh, Ibu Hamil Terpaksa Dibedah Kerana Bimbang Bayi Lemas


Artikel berkaitan : Rayuan Ikat Jamin Penyanyi ‘Bey Soba Bey’ Ditolak Oleh Mahkamah Thailand

“Sambil nangis anak akan tanya bila ibu nak balik. Paling menyedihkan lagi apabila mengenangkan saya tidak dapat bersama mereka pada pembukaan sekolah baru-baru ini serta puasa tidak lama lagi.”

Kata ibu kepada dua orang anak yang berusia 9 tahun dan 5 tahun itu lagi, dia akan bertemu dengan ahli keluarganya setiap Khamis kerana hari tersebut merupakan waktu lawatan bagi penghuni wanita.

eda ezrin 3

Lebih mengharukan lagi, penyanyi yang terkenal menerusi lagi Bey Soba Bey ini pernah melarang anak lelakinya itu ke sekolah kerana menjadi mangsa ejek rakan-rakan.

“Rakan-rakan dia ejek ibu masuk penjara. Dia pun tahu menggunakan media sosial dan ada mengikuti perkembangan saya melaluinya.”

“Sedih bila difikirkan anak perlu berdepan dengan situasi ini. Sehingga saya minta dia jangan ke sekolah demi menjaga emosinya. Namun sekarang dia sudah kembali ke sekolah.”

Nasib Eda Ezrin, suami dan 4 lagi rakannya bakal ditentukan pada 6 Mac ini. Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini pada Jumaat menetapkan tarikh tersebut sebagai keputusan kes penyanyi wanita itu bersama suami, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta empat lagi rakan mereka iaitu Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33, Zuhaira Nasrin, 26, dan Erdieka Mohd Noor, 33.

Keputusan itu dibuat selepas kesemua saksi pendakwaan dan suspek selesai memberi keterangan selama tiga hari bermula pada 11, 13 dan 14 Februari.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.