in

Tanda Tanya Sama Ada PKP Disambung Atau Tidak Akan Diketahui Esok

1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Status empat buah negeri yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka akan diketahui esok selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Menurut Menteri Kanan (Ekonomi), Dato Seri Mohd Azmin Ali, segala keputusan akan dibuat selepas mengambil kira pembentangan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada sidang khas tersebut, lapor Berita Harian.

“Saya pasti pasukan KKM, Ketua Pengarah Kesihatan akan membentangkan penilaian risiko pada mesyuarat itu, kami akan bincangkan dan menilainya sebelum membuat keputusan.”

Keputusan untuk melanjutkan PKP itu juga berdasarkan kepada pengalaman dan data diperoleh sejak setahun lalu.

Sebagai kerajaan yang telus dan bertanggungjawab, penjelasan akan diberikan kepada rakyat bagi setiap keputusan yang dibuat.”

 

Jom kita doa semoga semuanya dipermudahkan.

 

Baca : Memang harga jatuh tapi..; Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman, Kenapa Beli Kereta Satu Langkah Tak Selamat Pada Musim PKP Ini

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.