Ketika ditemuramah adik Nada Fedulla tak mampu menahan air matanya apabila menceritakan yang dirinya terpaksa berhenti sekolah akibat dipaksa ayahnya ikut ISIS.
Gadis remaja itu mengaku dah penat dan sedih sepanjang dia berada di Syria sejak tahun 2015.
Hasrat & cita-cita nak jadi doktor punah
Ketika itu dia tak tahu yang ayahnya merupakan salah satu pasukan pengganas paling kejam.
Menerusi BBC, gadis dari Indonesia ini menjelaskan dia bagaimanapun memaafkan perbuatan ayahnya selama ini.
“Dia juga manusia, semua manusia buat salah”
Nada Fedulla turut dikenakan hukuman kerana perbuatan ayahnya yang kini bekas anggota kumpulan tersebut.
Nada menceritakan yang ayahnya membawa seluruh keluarga termasuk nenek ke Syria pada 2015 lepas.
Saat itu, Nada yang masih dibangku sekolah terpaksa melupakan hasrat dan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor selepas ayahnya minta dia untuk berhenti dan disuruh ikut ke tempat yang jauh.
Ayah serahkan segalanya untuk ISIS
Waktu itu dia terpaksa akur mengikuti ayahnya tapi tak tahupun di dibawa ke Syria. Namun lepas sampai, Nada terkejut yang ayahnya sanggup menggadai segala harta pusaka di Indonesia selama ini adalah demi berkhidmat dengan ISIS.
Dirinya dan seluruh keluarga terpaksa akur dan tak berani nak menentang. Disana banyak orang dipenggal di tengah jalan dan banyak lagi berhadapan dengan kekejaman yang lain.
Ayahnya kini telah dipenjarakan. Ketika ditemuramah bersama BBC, dia mengaku bahawa ini adalah hal yang paling gila yang dia dah lakukan dalam hidupnya.
“Ini adalah hal gila yang pernah saya lakukan dalam hidup saya”
Dia kini akui kesalahannya kerana habiskan segala harta pusaka yang dia ada semata-mata nak ikut kumpulan pengganas ini.
Ketika ditanya samada pemintah Indonesia akan membawanya pulang ke nagara asal atau tidak, si ayah Arieff Fedulla terpeku seketika mengimbau segala perbuatan yang telah dilakukan sepanjang hampir 3 tahun sebelum ditangkap 2 tahun lepas.
Dia sendiri tak tahu tentang hal itu.
“Tidak ada satu orang pun dari Indonesia yang mendatangi saya dan berbicara dengan saya. Tidak ada satu orang pun,” ujar Arief Fedulla.
https://www.youtube.com/watch?v=tVeAxjvcWTQ
Kini satu keluarga itu tak mengetahui nasib mereka di sana. Bahkan status kewarganegaraannya pun mereka tak tahu.
Nada Fedulla hanya salah satu daripada gadis dan anak-anak yang menjadi korban perbuatan orang tua mereka.
Lebih sedih lagi ketika ditanya samada ingin pulang ke Indonesia ataupun tidak, dia mengaku yang dia teringin sangat ke sana sebab dia dah penat.
“Ya, Saya sangat lelah di sini. Jadi… saya akan sangat berterima kasih jika ada orang yang…”
“Memaafkan kamu?” tambah wartawan BBC.
“Ya,” jawab Nada Fedulla sambil menangis dan mengusap air mata.