in

“Tanah kubur ni bang..”- Lelaki Jumpa ‘Balutan Kain Kuning’ Dipercayai Santau Belakang Locker Showroom.

Featured 1

Korang jangan ingat zaman moden macam sekarang ni tak ada amalan-amalan syirik yang berlaku, percayalah cakap admin yang amalan itu masih lagi berlaku disebabkan untuk kepuasan peribadi.

Perkara seperti ini sememangnya akan menakutkan pihak yang terlibat kerana amalan-amalan seperti ini sehingga membawa kepada kematian..wallahualam.

Kisah yang admin nak kongsikan ini berlaku kepada seorang lelaki yang berkongsi kisah di facebooknya iaitu Ahmad Junaidi Abdul Aziz.

Ikuti perkongsiannya ini :

Kemas2 showroom hr ni
Nk pindah barang n tutup kedai
Dlm dok alih brg, staff terjumpa benda ni belakang locker besi

51422019 840000219710392 691466400098680832 N
Sumber : facebook

Aku just nk btau
Sapa2 yg hantar benda ni, kau dh berjaya
Tp aku lansung x marah n nk ucap terima kasih kt kau
Kerana apa yg kau antar ni, 
Buat aku buka mata utk cuba banyak lg cabang perniagaan yg lain

Aku maafkan kau
Dr ujung rambut sampai ujung kaki
Kalau bole marilah kita bersahabat
Semoga menjadi asbab utk kita sama2 berjaya dunia n akhirat

Perkongsian Ahmad Junaidi di facebook telah mendapat 2.2k likes dan 1.3k shares sejak ia di post semalam.

Mesti korang semua nak tau apa yang ada dalam balutan kuning tersebut kan? Rata-rata pastinya dah boleh teka apa yang ada dalam tu sebab perkara ni sememangnya kerap kali berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Tanah kubur beserta gambar ‘mangsa’

51265859 840000239710390 416467680019611648 N

Inilah yang ada dalam balutan kuning tersebut iaitu dipercayai tanah kubur yang turut diletakkan gambar ‘mangsa’ yang ingin dikenakan.

Ada yang mengatakan ini merupakan santau yang dihantar kepada ‘mangsa’ atau lebih tepatnya santau angin bagi tujuan mengganggu hidup atau perniagaan yang dilakukan oleh orang yang ‘di-target’..ishh macam-macam la dorang ni, tergamak eh?

51356396 840000279710386 8340910579996688384 N

Selepas dah tengok apa yang ada dalam balutan kuning tersebut, dia pun bertindak membakar balutan tersebut..betul jugak, buat apa nak simpan benda tu pulak kan!

Bagaimanapun Ahmad Junaidi tidak menyimpan dendam, sebaliknya memaafkan individu yang melakukan perkara tersebut kepadanya.

31131737 10216385657380464 9099661177545293824 N

Tapi rata-rata netizen cukup kecewa dan marah terhadap perbuatan lelaki tersebut yang sanggup melakukan perkara syirik demi untuk menjatuhkan hidup dan perniagaan orang lain.

Malah mereka tak sangka, meskipun negara dah berada dalam era globalisasi masih ada individu yang menggunakan ‘jalan mudah’ seperti itu.

Sanggup bersahabat dengan syaiton!

Bertabahlah Sahabat

Fuhh Nakal Betul

Apa barang ni? Jampi?

Masih Wujud Ke Benda Macam Ni

Sampai Hati Akibat Dengaki Boleh Halalkan Yg Haram

Baca : Yang kat tembok main intai-intai pulak& Viral Rakaman CCTV Jiran Dapat Kotak Santau, Ternampak Kelibat Makhluk Ghaib

Ghost