in

Tan Sri Annuar Musa Maklumkan, Pengecualian Sewa dan Fi Untuk 22,896 Peniaga Di Wilayah Persekutuan

Fi Wp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini, seramai 2,896 peniaga termasuk 7,000 yang berniaga di Wilayah Bebas Berniaga (WBB) sekitar ibu negara akan dapat manfaat pengecualian sewa dan fi.


Perkara ini disahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, dan beliau menyifatkan inisiatif tersebut akan dijalankan sepanjang tahun ini.

Wp 1

“KWP meneruskan usaha meringankan bebanan peniaga. Pengecualian Fi dan sewa diteruskan. Sepanjang tahun ini tak perlu bayar. PERCUMA. Seramai 22,896 peniaga mendapat munafaat ini termasuk 7000 di bawah Wilayah Bebas Berniaga (WBB)..teruslah berusaha.” tulisnya.

Selain itu Annuar turut menyatakan hasratnya untuk membantu warga Wilayah Persekutuan yang masih belum mendapat temu janji pemberian vaksin dos pertama.

“Warga WP yg masih belum dapat temu janji suntikan pertama,di galakkan hubungi MPP atau RUMAH PRIHATIN agar di bantu segerakan urusan vaksinasi.

“Kita sdg menyusun tambahan Mobile Vaccine Truck,utk memudahkan lagi proses vaksin, terutama utk Warga KL.” katanya lagi.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi talian hotline di 011 71107898.

Di samping itu juga, Annuar ada menyatakan pandangan bahawa tidak mustahil untuk ibu negara dibuka lebih awal apabila sejumlah warga kota sudah selesai proses vaksinasi.

Tambahnya, mereka yang disuntik vaksin mungkin boleh bebas bergerak menjalankan aktiviti, manakala individu belum berbuat demikian perlu dikawal dan mengehadkan pergerakan menurut Berita Harian.

“Lebih 1.8 juta suntikan dos satu dan dua dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Meskipun ia sudah melebihi 100 peratus membabitkan penduduk berusia 18 tahun ke atas, namun ada antara mereka bukan warga Kuala Lumpur.

“Masih ada warga Kuala Lumpur belum disuntik. Mereka digesa segera dapatkan vaksinasi,” katanya.

 

Baca : Tan Sri Annuar Musa Umum Parking Di Bahu Jalan Percuma Sekitar KL Hingga 31 Ogos.

Foot Wp

Sumber: nestia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.