in

Tali Barut Negara? Mejar Antara 6 Anggota Penguatkuasa Didakwa Bantu Kumpulan Jenayah Terancang ‘Geng Otong’

Gambar Hiasan 3 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap negara mempunyi askar dan polis bagi melindungi keselamatan orang awam dan menjaga keamanan negara dari segala ancaman musuh atau jenayah yang berlaku.


Namun, kedaulatan negara seolah-olah tergadai apabila anggota keselamatan yang telah diberi kepercayaan untuk melindungi negara sendiri telah menjadi ‘tali barut’ apabila berkomplot dengan penjenayah.

Di Kota Tinggi, Johor seorang pegawai tentera berpangkat Mejar antara enam anggota penguatkuasa yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana membantu ahli kumpulan jenayah terancang di daerah ini antara September 2017 hingga April 2020.

Turut didakwa seorang anggota tentera berpangkat Sarjan dan empat anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal.

1 15 1

Menurut Berita Harian, kesemua tertuduh iaitu Zaifol Abdul Hamid 43, Mohammad Riduan Razali 35, Hong Tiong Khim 24, Mohd Ariff Mustapa 54, Muhammad Safuan Taharin 29, dan Saddam Hussen Ismail 29, sekadar mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zahilah Mohammad Yusoff.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa kerana membantu ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Otong’ dari 28 September 2017 hingga April 2020 dan mereka didakwa mengikut seksyen 130W Kanun Keseksaan Akta 574 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Nasib tidak menyebelahi tertuduh apabila mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 15 Oktober sebagai tarikh sebutan semula.

Pada 2 Julai lalu, 51 anggota ‘Geng Otong’ termasuk warga Indonesia dan Myanmar telah ‘tumpas’ dan didakwa di mahkamah yang sama, atas mendalangi sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), antara 2015 hingga tahun ini.

Semua tertuduh berusia 21 hingga 59 tahun itu membabitkan 19 lelaki tempatan, dua wanita tempatan, tiga pemastautin tetap, 25 warga Indonesia termasuk seorang wanita serta dua lelaki Myanmar.

 

Baca: Saya Pilih Jadi Pejuang, Bukan Tali Barut

Z 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.