Sekarang ni memang banyak movie yang best-best keluar dekat pawagam. Lagi-lagi dalam bulan Oktober ni, memang banyak movie bergenre seram yang keluar untuk tontonan ramai, contohnya macam The Exorcist: Believer dan The Nun II.
Tapi, kali ni min nak kongsikan 9 filem yang dikatakan paling seram sepanjang zaman menurut Rotten Tomatoes. Kalau korang nak tahu, Rotten Tomatoes ni memang dipercayai dalam memberi rating filem-filem yang diterbitkan. Jadi, korang tak perlu risau sebab senarai ni memang disetujui ramai.
1. IT: Chapter One
Kalau siapa yang takut badut, min memang tak cadangkan korang tengok filem ni. Sebabnya, watak Pennywise dalam filem ni memang betul-betul menakutkan penonton, lagi-lagi dilakonkan oleh pelakon dari Sweden, Bill Skarsgard.
Perkara yang korang akan ingat kalau tonton cerita ni adalah senyuman Pennywise yang mengerikan serta panjang sampai ke telinga. Menariknya, filem ini merupakan adaptasi novel ‘It’ yang merupakan karya penulis terkenal iaitu Stephen King.
2. Insidious
Filem Insidious boleh dikatakan antara yang terseram dan menakutkan berbanding dengan filem-filem scary yang lain. Walaupun hanya menggunakan bajet sebanyak 1.5 juta dolar sahaja, namun disebabkan jalan ceritanya yang seram membuatkan filem ini akhirnya berjaya meraih kutipan lebih 100 juta dolar dan diangkat sebagai salah satu filem Box Office.
Bukan itu sahaja, filem arahan, James Wan yang terkenal dengan filem Aquaman dan Saw ini memang tak dapat nafikan kehebatannya, malah Insidious layak dapat ranking yang tertinggi dalam Rotten Tomatoes.
Artikel berkaitan: Jom Layan 5 Filem Seram Ni Dekat Netflix, Confirm Hujung Minggu Korang Tak Bosan!
3. Sinister
Kalau sesiapa yang minat rancangan penyiasatan, jenayah dan seram, korang memang patut tengok Sinister ni. Filem ini menyaksikan, watak utama yang dilakonkan oleh Ethan Hawke ini perlu menyelamatkan orang yang tersayang daripada kejahatan purba yang tak sengaja dia lepaskan.
Walaupun ada pendapat mengatakan ending Sinister ni agak mengecewakan namun, kisahnya yang mengingatkan korang tentang keluarga pada babak-babak terakhir menjadikan filem ini antaranya yang terseram pernah dibuat.
4. The Ring
Filem yang membuat kemunculan 2002 ini memang sangat terkenal dan juga merupakan remake daripada filem asal berjudul, Ringu keluaran tahun 1998 oleh pengarah dari Jepun. Dengan menggunakan tema sumpahan pita video, filem ni boleh dikatakan ‘lain dari yang lain’.
Buat yang belum pernah menonton filem ini, korang pasti tak sangka dengan jalan ceritannya. Dikatakan, sesiapa sahaja yang tertengok pita video ‘sumpahan’ ini, mereka hanya mempunyai 7 hari sahaja untuk hidup, sebelum dibunuh oleh Samara yang akan merangkak keluar dari telaga sebelum muncul di kaca televisyen dalam keadaan yang menyeramkan.
*Kalau nak tau siapa Samara, korang kena lah tengok filem ni
5. Get Out
Filem arahan Jordan Peele ni pernah terkenal suatu ketika dahulu sehingga banyak memenangi anugerah, salah satunya ialah anugerah Oscar.
Menariknya, filem ini menggabungkan isu-isu sosiopolitik dengan meletakkan elemen seram di mana terlihat agak janggal untuk digabungkan dalam satu filem. Walau bagaimanapun, Jordan Peele berjaya membuat filem psikologi ini sehingga terkenal satu dunia.
6. The Conjuring
Lagi satu filem seram dari James Wan, The Conjuring juga merupakan antara yang paling ngeri untuk ditonton. Kisahnya, sebuah keluarga telah menerima banyak gangguan paranormal yang ekstrem sehingga perlu dibantu oleh pasangan penyiasat paranormal yang terkenal iaitu Ed dan Lorraine Warren.
Filem ini diinspirasikan daripada kisah sebenar tau!
Jadi, bagi peminat cerita-cerita historical dan horror, korang memang wajib layan movie ni.
7. Hereditary
Filem psikologi seram Hereditary ini juga termasuk dalam ranking terseram Rotten Tomatoes. Mana taknya, jalan cerita yang amat menggerunkan serta dinamik konflik dalam keluarga membuatkan filem ni antara salah satu filem debut dalam era moden.
Tambahan lagi, filem ini juga menampilkan drama antara anak dan ibu yang pasti akan buat korang rasa sedih tau! Tapi tak cukup dengan itu, mereka diganggu dan diseksa pula oleh Demon King dalam filem ini.
Artikel berkaitan: 5 Filem Seram Yang Dinasihatkan Untuk Tidak Ditonton Seorang Diri Meskipun Pada Waktu Siang
8. The Babadook
Filem ni mungkin tak ramai yang tahu, tapi keseraman filem ni membuatkan ia berada dalam senarai ini. Kalau nak tahu, filem ni mendapat rating 98% dalam Rotten Tomatoes tau!
Bukan tu je, pengkritik filem profesional pun setuju The Babadook merupakan filem seram terbaik dan paling provokatif abad ini.
9. Halloween
Movie yang terakhir ini keluaran lama iaitu pada tahun 1978. Apa yang membuatkan filem ni lain dari lain ialah korang akan rasa meremang tapi bukan disebabkan hantu tetapi kemunculan pembunuh bersiri!
Dalam filem ni, pembunuh psiko, Michael Myers mensasarkan satu kumpulan pengasuh anak dalam satu pekan yang kecil.
Walaupun hanya menggunakan konsep pembunuh bertopeng yang simple, namun filem ini dianggap ‘legend‘ dan boleh dikatakan antara filem yang terbaik dalam sejarah sehinggakan watak Michael Myers tu sering digunakan dalam pelbagai filem yang lain.
Sumber: MovieWeb