Walaupun dah tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, kes positif baharu Covid-19 tetap tak tunjuk macam ada penurunan. Baru minggu lepas je, kita rekodkan kes harian tertinggi lebih 5,700 kes!
Untuk pengetahuan korang, Kementerian Kesihatan Malaysia ramalkan, kalau kadar jangkitan tak menunjukkan apa-apa penurunan, kes harian di Malaysia boleh cecah 10,000 kes sehari bulan depan!
Kadar jangkitan ini dikira dalam unit R0 atau sebutannya R-naught. Sebagai contoh, kalau nilai R0 sekarang adalah 1.5, ini bermakna seorang pesakit positif boleh menjangkiti seramai 1.5 orang.
Buat masa sekarang, nilai R0 di seluruh Malaysia adalah 1.15 dan dalam graf yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Hisham di Facebook, ia menunjukkan yang ramalan KKM bahawa kes akan meningkat ke 5,000 kes sehari ternyata benar.
Malah, kes pertama melebihi 5,000 kes direkodkan pada 27 Januari, lebih awal dari jangkaan KKM.
Jika kadar jangkitan ini terus meningkat, kes positif di Malaysia mungkin akan cecah 8,000 pada minggu pertama bulan Mac dan cecah 10,000 kes sehari pada minggu ke-2!
Dekat bawah ni, korang boleh tengok kadar jangkitan di setiap negeri setakat ini:
Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri umumkan yang PKP akan dilanjutkan di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 5 hingga 18 Februari dengan SOP yang lebih ketat.
Harapnya tak sampailah 10k…
Baca: “Kita akan pantau dalam tempoh dua minggu ini” – TS Dr Noor Hisham Bimbang Kes Boleh Cecah 5 angka