in

Takut Dijangkiti Covid-19, 2 Keluarga Pasang Khemah Enggan Pindah Ke Pusat Pemindahan Banjir

F1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim banjir sememangnya menjadi musim yang paling ditakuti ramai terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pantai timur dan di kawasan rendah. Masuk je bulan November, Disember dan Januari iaitu ketika musim tengkujuh, memang kena berjaga-jaga. Perabot-perabot dan barang-barang penting dah kena simpan dekat tempat tinggi kalau taknak dihanyutkan air. 


Namun, tahun ini, mangsa banjir bukan sahaja perlu menghadapi banjir, malah mereka juga perlu berhati-hati ketika berada di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk elakkan jangkitan Covid-19. Tapi, kalau ramai sangat dekat PPS tu, susah jugak nak buat penjarakan fizikal kan.

Banjir 1

Jadi, dua keluarga di Kuala Krai memutuskan untuk mengambil inisiatif sendiri untuk membina khemah sebab mereka tak nak tinggal di PPS untuk kurangkan penularan Covid-19, lapor Harian Metro.

Menurut akhbar tersebut, lapan individu dari dua keluarga terbabit telah memasang khemah di sebuah tempat yang terletak 200 meter dari rumah mereka di Kampung Jalan Geale, Kuala Krai. Difahamkan, Shukor Ahmad Ramli dan dua anak buahnya dikatakan pada mulanya perlu berpindah ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Yuk Chai.

Banjir 2 1

Katanya, dia juga risau takut rumah akan dipecah masuk oleh pencuri kalau tiada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan rumah ketika banjir. Betul jugak tu kan, selalu jugak kita dengar kes kecurian ketika musim banjir ni. 

Saya kerap mendengar kes kecurian setiap kali banjir.

Untuk korang yang tertanya-tanya kat mana dorang ni mandi dan buang air, difahamkan mereka akan ke masjid berhampiran.

Rata-rata netizen memuji inisiatif yang diambil oleh individu terbabit. Mungkin ini yang terbaik untuk mereka lah kan. Dorang pun mesti dah fikir masak-masak kan sebelum buat keputusan. 

Banjir 3

Ada juga yang menasihati keluarga terbabit agar lebih berhati-hati sebab musim banjir ni ada banyak haiwan dan serangga berbisa yang berkeliaran.

Banjir 4

Sayu dan sedih rasa bila tengok ramai yang kehilangan tempat tinggal kan. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar banjir akan cepat surut dan semua mangsa boleh balik ke kediaman masing-masing secepat yang mungkin. 

Baca: “Setiap kali banjir, banyak rumah kena pecah masuk” – 9 Dugaan Besar Mangsa Banjir Kena Hadap 

Banjir

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.